Kerajaan Khulafa al-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad saw.

Khalifah ialah orang yang memegang jawatan ketua Negara Islam.

Khulafa’ al-Rasyidin ialah gelaran kepada empat seorang sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Mereka ialah :

a) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
b) Khalifah Umar Al-Khattab
c) Khalifah Usman bin Affan
d) Khalifah Ali bin Abi Talib

Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah

Pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun iaitu dari tahun 11 Hijrah sehingga tahun 41 Hijrah.